Masjid Abdul Rahman Auf

Spread the love

Laman rukhamah Masjid Abdul Rahman Auf  di Laluan Wira Jaya Timur 24, Taman Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Rukhamah Masjid Abdul Rahman Auf , Ipoh Perak

Terdapat 2 bahagian utama dalam rukhamah (jam matahari) ini:

  1. Tongkat Istiwa. Terletak di utara dan memberikan waktu solat dengan bayang tiang (Tongkat Istiwa). Bayang tiang akan jatuh diatas garisan hijau berkenaan ketika masuk waktu solat berkenaan. Waktu awal Fajar, Syuruk diberikan  selepas Matahari naik dilangit. Waktu Maghrib dan Isya pula ditandakan sebelum Matahari jatuh bawah ufuk.
  2. Jam Matahari mengufuk. Terletak dibahagian selatan mizwalah dengan peranti gnomon sendiri. Hujung bayang gnonom akan memberikan waktu dan tarikh. Pelbagai waktu  solat diberikan. Waktu ketara tempatan diberikan untuk mendapatkan Waktu Piawai Malaysia. Waktu di Makkah juga boleh diperolehi. Tarikh awal bulan Masehi diberikan. Tarikh hari lain boleh dianggarkan daripada posisi bayang gnomon. Garisan melintang memberkan juga tarikh Solstis Musim Panas, Solstis Musim Sejuk dan Ekuinoks.

Maklumat Diberikan

Maklumat yang diberikan oleh rukhamah ini adalah dirujukan kepada nombor dalam gambarajah di bawah seperti berikut:

  1. Waktu Fajar +2.5 jam
  2. Waktu Syuruk + 1.5 jam
  3. Waktu Zohor
  4. Waktu Asar
  5. Waktu Maghrib – 1.5 jam
  6. Waktu Isya – 2.5 jam
  7. Garisan tarikh Solstis Musim Sejuk
  8. Awal bulan November. Garisan melintang awal bulan Julai hingga Disember berwarna MERAH
  9. Waktu Zohor
  10. Waktu Asar
  11. Waktu Maghrib – 2 jam
  12. Waktu Isya – 2.75 jam
  13. Garisan tarikh Solstis Musim panas
  14. Waktu Ketara Arab Saudi ( dari jam 4 pagi hingga jam 12 tengahari). Perlu dikoreksi dengan Persamaan Waktu untuk mendapatkan Waktu Piawai Arab Saudi
  15. Waktu Syuruk + 2 jam
  16. Garisan tarikh Ekuinoks
  17. Waktu Fajar + 2.75 jam
  18. Awal bulan Februari. Garisan melintang awal bulan Januari hingga Jun berwarna BIRU
  19. Waktu Ketara tempatan yang telah dikoreksi dengan perbezaan longitud. Waktu jam 9 pagi hingga 5 petang ditandakan. Perlu dikoreksi dengan Persamaan Waktu untuk mendapatkan Waktu Piawai Malaysia

Maklumat Teknikal

FISIKAL

  • Jenis Mizwalah: Mengufuk ( Rukhamah)
  • Lebar: 295 mm
  • Panjang: 295 mm
  • Ketinggian Gnomon: 50 mm
  • Ketinggian Tongkat Istiwa: 30 mm
  • Bahan: Keluli Tahan Karat (Stainless Steel) 
  • Garisan: Laser Etching dengan warna
LOKASI:
  • Latitud: 4 darjah 34 min 9 s Utara
  • Longitud: 101 darjah 8 min 30 s Timur
  • Zon Waktu: UT + 8 jam
  • Koreksi Longitud: 1 jam 15 min  26 s

Lokasi Rukhamah