Laman rukhamah Masjid Abdul Rahman Auf di Laluan Wira Jaya Timur 24, Taman Rapat, 31350 Ipoh, Perak
Terdapat 2 bahagian utama dalam rukhamah (jam matahari) ini:
Tongkat Istiwa. Terletak di utara dan memberikan waktu solat dengan bayang tiang (Tongkat Istiwa). Bayang tiang akan jatuh diatas garisan hijau berkenaan ketika masuk waktu solat berkenaan. Waktu awal Fajar, Syuruk diberikan selepas Matahari naik dilangit. Waktu Maghrib dan Isya pula ditandakan sebelum Matahari jatuh bawah ufuk.
Jam Matahari mengufuk. Terletak dibahagian selatan mizwalah dengan peranti gnomon sendiri. Hujung bayang gnonom akan memberikan waktu dan tarikh. Pelbagai waktu solat diberikan. Waktu ketara tempatan diberikan untuk mendapatkan Waktu Piawai Malaysia. Waktu di Makkah juga boleh diperolehi. Tarikh awal bulan Masehi diberikan. Tarikh hari lain boleh dianggarkan daripada posisi bayang gnomon. Garisan melintang memberkan juga tarikh Solstis Musim Panas, Solstis Musim Sejuk dan Ekuinoks.
Maklumat yang diberikan oleh rukhamah ini adalah dirujukan kepada nombor dalam gambarajah di bawah seperti berikut:
Previous
Next
Waktu Fajar +2.5 jam
Waktu Syuruk + 1.5 jam
Waktu Zohor
Waktu Asar
Waktu Maghrib – 1.5 jam
Waktu Isya – 2.5 jam
Garisan tarikh Solstis Musim Sejuk
Awal bulan November. Garisan melintang awal bulan Julai hingga Disember berwarna MERAH